Sunday, June 6, 2010

welcome to the Bahulu Kota Tinggi

Bahulu Kota Tinggi adalah perusahaan yang dijalankan secara IKS. Bahulu ialah makanan tradisional yang dahulu hanya kita dapat lihat pada musim perayaan tapi sekarang menjadi makanan harian bagi semua orang. Ia ditubuhkan pada tahun 1995, Perusahaan ini dinamakan dengan Perusahaan Makanan Rownat Enterprise. Perusahaan ini diasaskan dari Rownat Binti Turin. Ia dibuat secara kecil-kecilan tidak menggunakan mesin. Perusahaan ini diteruskan oleh anaknya dan dibesarkan sehingga menjadi satu makanan yang dikenali ramai di Kota Tinggi. Lokasi pertama perusahaan ini ialah di surau Kota Tinggi yang lama. Selepas itu kami berpindah ke Jalan Niaga 3 dan sekarang gerai kami terletak di No.21 Pasar Awam, Kota Tinggi. Kami mengambil tempahan untuk majlis perkahwinan, perayaan dan juga rumah-rumah terbuka untuk semua kaum.